Translate

Tuesday, 26 November 2013

Sahabat & The Futurians - KKIC Rides 26.10.2013

Serba sedikit lah kita berkongsi cerita kenangan sewaktu ride bersama Sahabat The Futurians ke Kuala Kelawang pada 26.10.2013..hampir sebulan baru cerita nak keluar, kalau keje orang paper nih..dah kena buang dah aku..hahaha...

Sedikit fakta pasal Kuala Kelawang lah..

Jelebu merupakan sebuah daerah di Negeri Sembilan yang terdiri daripada lapan mukim, iaitu Kuala Klawang, Hulu Triang, Kenaboi, Pertang, Peradong, Hilir Triang dan Gelami Lemi. Pembukaan Jelebu berkait rapat dengan sejarah kedatangan orang Minangkabau yang terawal ke Semenanjung Malaysia. Berdasarkan sumber-sumber lisan, Jelebu dibuka oleh orang yang berketurunan Maharaja Alif yang menegakkan kerajaan Pagar Ruyung. Bangsawan itu menggunakan nama Batin Terjali. Dia berkahwin dengan Puteri Embong Sari Alam dan membuka beberapa perkampungan di Tanah Melayu. Batin Terjali telah meninggalkan anaknya menjadi penghulu di setiap tempat yang dibuka di Johor, Klang dan luak-luak yang empat di Negeri Sembilan.  Cerita lebih lanjut boleh klik   SINI

Sempat aku bergambar kenangan depan muzium adat di bandar Jelebu ..

Nak tahu lebih lanjut lagi mengenai Muzium Adat? Klik SINI




Kuala Kelawang International Circuit..  inilah mapnya.. actually kepada yang belum pernah sampai atau mengikut jalan ni, janganlah mimpi macam Isle of Man punya track pulak..hehhehe.. ianya hanya jalan kampung dua hala, bukan nya litar lumba yang sebenar. Ramai geng "leperian" suka jalan ni sebab ianya mengandungi pelbagai jenis selekoh berbanding jalan ke Awana, Genting. Disamping itu, ramai yang terlupa untuk menikmati pemandangan dan udara yang segar disini kerana leka melayan korner. Juga jangan lupa, bukan motorsikal sahaja yang lalu kat sini, malah basikal, kereta 4X4, dan juga pelumba jalan kaki pun ramai kat sini.  Satu nanti nak ajak geng photography pulak pulak shooting disini.. memang best! Subjek pun banyak.

Serba sedikit fakta yang anda perlu tahu tentang jalan ini berdasarkan jalan dari Ampang. KKIC ini biasanya di bahagikan kepada 3 stage utama. Dan setiap stage kepada yang baru mahupun yang dah biasa melalui jalan ini dinasihatkan untuk berehat seketika sambil meneliti keadaan jentera tunggangan dan juga minumlah banyak air, kerana tanpa disedari kita kehilangan banyak air ketika menunggang di jalan ini.

Dan tahukah anda ?...
Stage 1 - 54 selekoh
Stage 2 - 84 selekoh
Stage 3 - 77 selekoh

Jumlah keseluruhan selekoh ialah 215. Jadi anda memerlukan tenaga yang secukupnya untuk melalui jalan ini. Juga jangan lah menunggang ikut hati , keselamatan diri sendiri serta mereka yang lain perlulah diambil kira.


Gambar : Ketika ini aku sedang menyampaikan beberapa peringatan penting untuk mereka yang pertama kali menyertai laluan ini. Program anjuran Sahabat The Futurians ini sedikit sebanyak membantu penunggang motorsikal yang menyertai program ini mengenai keselamatan ketika menunggang di pelbagai jenis selekoh. Lebih-lebih lagi di sokong oleh orang-orang yang berpengalaman seperti Bro Bullet Proof (gambar dibawah), Tn Hj Shukri Saad, Ampang Bikes Community, "C' Bank Bikers, Klawang Riders & Supermoto Riders.

Gambar : Ini lah bro Bullet Proof.. . kami berjumpa kali pertama ketika TTS (teh tarik session) Ampang Bikers Community atau lebih dikenali sebagai ABC pada awal tahun 2013.

Bro Bullet ni kalau kali pertama jumpa agak pendiam dan pemalu orangnya. Menjadi resmi padi, semakin berisi semakin tunduk, begitulah juga beliau. Humble, dan tak lokek ilmu janji rajin bertanya. Rata-rata yang mengenali beliau ketika ride Sahabat ini akan bersetuju dengan aku.. Dia memang best!..Tanyalah.. insyaallah.. apa yang termampu dia akan cuba menjawab dengan baik..


Amacam cun tak? Inilah jentera Yamaha LC beliau ketika menjadi guide kami..


Sebelum aku up post pasal KKIC ni, aku sempat berbual dengan beliau melalui telefon beberapa hari lalu. Rupanya beliau mula menjelajah KKCI ini sejak dari tahun 2010 tahun lagi. Setiap hari Ahad pagi kalau tidak kemana beliau akan kesana bersama rakan-rakan menjelajahi KKIC.

Sebelum KKIC, beliau gemar ke litar di USJ , namun mungkin tiada kesesuaian pada jiwa beliau dan secara peribadi berpendapat litar tersebut agak "kureng" untuk kapchai, beliau kemudiannya bertukar arah pula ke litar Sepang.  Di litar Sepang beliau mengalami fenomena yang sama ketika di litar USJ, disamping kos yang agak tinggi serta jiwa beliau yang gemarkan alam semula jadi membuat beliau mula mengorak langkah ke KKIC.

Beliau juga berkongsi dengan aku beberapa pengalaman sedih antaranya kehilangan sahabat baik beliau pada tahun 2010 & 2012. Cukup membuatkan beliau bertambah hati-hati ketika melalui jalan KKIC.

"Kita kena ingat bro, KKIC bulan litar perlumbaan", ianya jalan raya. Dan jalan raya bukan lah tempat berlumba. Banyak faktor kita kena ambil kira, antaranya penunggang, cara tunggangngan, jarak selekoh, pengguna jalan raya yang lain dan faktor pengalaman melalui jalan tersebut perlu diambil kira juga." kata beliau.

Bila aku bertanya beliau kalau ada sebarang "pesanan penaja".. beliau sambil tergelak.. adaaaaa...
"Kalau berpeluang ke KKIC ingatlah.. ianya jalan raya, jangan berlumba, yang paling penting jaga race line jangan "makan jalan" orang.. dan senantiasa tumpukan perhatian ketika menunggang motor agar keselamatan terjamin.. dan juga. pakai lah pakaian yang sesuai seperti jaket, sarung tangan dan berseluar panjang serta berkasut.


Gambar : Tn Hj Shukri di samping jentera Yamaha LC kesayangan beliau. 

Bila aku up event dlm fb pasal KKIC, beliau ialah orang pertama yang bersetuju dengan aku. Disamping menjadi salah seorang penaja utama hadiah "Lucky Draw", beliau juga bertindak sebagai penasihat bersama didalam event Sahabat The Futurians kali ini. Oleh kerana minat beliau yang mendalam terhadap industri permotoran tanahair, beliau sanggup meluangkan masa bersama-sama kami untuk ride ke KKIC lagi.


Gambar : inilah jentera Yamaha LC kepunyaan beliau dan digunakan ketika ride ke KKIC.

Teringat aku pesan Tn Hj, "Mind set kita kena tukar Shimy, tak semestinya kita kena pakai motor besar"; "Dalam dunia permotoran ni bila ada minat yang sama, kita kena kekalkan ikatan ukhwah sesama riders. Level awareness serta disiplin diri kita sebagai penunggang kena tinggi, jauhkan dari sifat suka menunjuk-nunjuk.

"Program seperti ini patut diteruskan lagi, "I like to see people happy, It's make my day!", tambah beliau. Faktor usia, pengalaman, karektoristik individu & sifat menghormati diantara satu sama lain juga memainkan peranan yang penting dalam diri seorang rider itu". Priority bukannya terhadap kekayaan atau jentera motorsikal rider itu. Bila kita berdisplin dan mengenali karektoristik para sabahat kita yang ride bersama, kita bukan sahaja menyelamatkan diri kita secara individu malah kita menyelamatkan rider-rider KKIC yang bersama secara satu kumpulan.

"Saya akui, bukan mudah nak menganjurkan event seperti ini, saya bersyukur, rata-rata rider yang menyertai ride ke KKIC ini semuanya berdisplin tinggi, bila disiplin tinggi dan kita dapat mengenali karektoristik para sabahat kita yang bersama-sama kita tempohari,tambah beliau.

Pesanan/pendapat Tn Hj Shukri :-

For the event, harapnya dapatlah diteruskan biar ramai yang join. Ianya mendapat feedback yang positif. Kita bila ride, tak semestinya nak laju, contohnya bila kita ride di KKIC, walaupun kita ride secara santai, kita tetap mengutamakan aspek keselamatan. Defensive riding amatlah penting. Mind set kita kena senantiasa berada di dalam mode "defensive riding". Kita mungkin mampu mengawal diri kita, tetapi kita tidak mampu mengawal pihak ketiga. Contohnya, kalau berada di kawasan simpang, secara otomatik kita memperlahan kenderaan, maklumlah mana nak tahu tetiba ada kenderaan yang keluar meluru secara tiba-tiba. Kita cuba sebaik mungkin untuk keselamatan diri kita. Sekiranya berlaku juga, kita kena redha dengan qada dan qadar. Dan untuk mengambil selekoh yang baik, teknik "countersteering" amatlah penting untuk kita pelajari. Kalau ada peluang akan datang, kita buat ride sambil berkelah pulak.. katanya mengakhiri perbualan kami.

Antara gambar yang berjaya dirakamkan tempohari seperti dibawah..kalau nak tengok lagi, lawatilah fan page rasmi The Futurians, klik SINI































Jangan lupa jadi follower di blog ini, banyak lagi cerita menarik yang akan aku akan kongsi bersama.
Terima kasih meluangkan masa membaca blog aku. Hingga berjumpa lagi dicoretan akan datang..

p/s komen-komen membina amatlah dihargai :-)

Saturday, 16 November 2013

Bingit Bike Festival - Titiwangsa Nov 2013

Actually ramai blogger baru yang mengalami masaalah untuk start kan post pertama.. pening.. x sure, okey ker.. tak okey ker.. camner nanti kalau orang lain baca tak best.. cam cam lah yang difikirkan.. aku pun sama juga tersadung dalam kategori blogger tu.. pikir punya pikir.. ni blog aku kan.. so aku buat lah style sendiri.. kalau bahasa tu campur tolak = rojak..sorry lah yer..

Untuk post kali pertama ni aku nak share sedikit pengalaman pertama aku bukak booth kat bike fest.. preparation yang aku buat mengambil masa lebih kurang dua minggu.. tapi disebabkan aku ada pengalaman sikit dalam buat sales , so preparation ni tak lah menjadi problem besar sangat bagi aku..

Nasib aku kira baik juga dibantu oleh adik lelaki aku yang waktu ni dalam cuti.. so tak ler penat sangat..

Oleh kerana ni post pertama blog aku ... aku nak share juga sedikit gambar-gambar pada hari kejadian...


 
Orang cakap cam gambar menjerit "Merdeka" .. tapi hakikatnya mengelap peluh yang mencurah-curah turun..hehehe..panas terik wooo masa tu..


Yang ni pulak rakan kongsi booth aku.. Mr Legend, En Hadi Hussin , yang banyak membantu dan berkongsi pengalaman beliau dalam industri permotoran tanah air dengan aku.. korang jangan lupa baca blog dia.. Kapchai dia dah sampai London wooo.. klik jer kat nama dia tu.. nanti korang akan dibawa ke blog dia..

Posing pada kadar standard..hehhee.. booth aku.. simple jer.. the only KapChai booth kat area tu.. yang bawa EO pun booth aku jer..

Teringat aku pada gambar ni.. bila aku up jer kat FB....perrrgghhh.. paling banyak likes lah.. untungggg... KapChai aku...hahahaha..

 Yang ni customer pertama aku pada hari tu.. senyum tau.. Pak Ngah Pali..hehehe...kali pertama lah kitaorang berjumpa .. selalu jumpa dlm fb jer...terima kasih tuan menjadi customer pertama The Futurians pada hari tu..

Brader ni pun aku baru jumpa pada hari tu... betul lah Jamil.. nasib baik aku tak lari.... hhahaha.... tapi dia sempoi.. salah seorang pemilik HF juga...

Brader Bob KapChai.. hari bersejarah ni.. paling lama dok klik like dalam FB.. at last jumpa gak.. rock nooohhh..!

Gambar ni aku panggil "He's being blessed".. kenapa? Sebab yang duduk tu.. bukan sebarangan rider.. She is Tasha, Rider Kayangan.. Cun? Memang dia cun.. korang jangan jeles dia dok kat 
Mr E aku.... dan aku nak share sket .. Sis Tasya ni bukan setakat rupa jer cun.. To me, she is humble and a great person too lah.. suka style dia ride! Bukan sebarangan jentera.. Kalau korang nak beli T Shirt customed made berkualiti serta design cun atau ada jentera yang nak customed boleh lah pm dia kat FB.

Gambar paling Happy.. A&W bear akhirnya kena tangkap lah.. hahahhaha

Antara gambar choppers yang sempat aku snap.. salute! Dorang ni semua sempoi..

End of the first night... Tun datang melawatlah.. Abg Pejal pun ada.... susah betul nak jumpa dua artis ni... hehhehe

 Terima kasih Bro Abdul Rahman yang datang all the way dari Shah Alam untuk berjumpa saya..

Brader Akmal Hisham..sapa-sapa sampai kat UIA boleh pm dia.. katanya makanan kat sana sedap!


 Dua gambar kat atas ni aku panggil " RB United"..  Bro Rosli.. orang satellite nihhh.. bukan calang-calang orang... aku suka dan tersentuh.. satu family singgah kat booth aku.. terima kasih Tuan RB datang melawat booth saya.. kita orang siap berebut mesra lah..satu payung sampai dua-dua pegang.. hahhaha

Tu dia.. Ustaz Imran Shamsir all the way from Pilah.. terima kasih Ustaz kerana mendapatkan stiker dari saya..

Yang ni gambar ekslusif.. dari kanan.. Brader Bob Kapcai, Bro Uzaini dan aku ler...hahhaa.. memang best borak hari tu... tapi apakan daya.. masa mencemburui kami..


Yang ni pulak "Semangat Brotherhood Kapchai.. COE rocks! sempoi...!  hanya kami berdua jer dari kategori KapChai yang bukak booth..... geng COE ni ramai.. semuanya SATU HATI..

Solo rider... terima kasih En Hasifi yang datang dua hari berturut-turut ke booth The Futurians.

 Cam adik beradik pun ada kan.. hehhehe.. En Kamarul dan En Syahmi..

 Bersama En Mazlan...salah satu nama yang tak asing lagi untuk pemilik Versys.


Bersama Bro Zaini, Bro Mazlan , Hadi Hussein & me.. old friends with good relationship & to me as newcomer is worth to listen to their opinion lah..


My fren Imran ZX10 with the snake lah.. kena paksa senyum dengan ular Bro Dean.. sporting habiss... hehehhehe
More pics will be upload soon.. internet line a bit slow at the moment..
_____________________________________________________________________________________________________
Secara keseluruhan bike fest ni banyak mengajar erti kesabaran dan personally bagi aku ,banyak memberi peluang untuk kita berjumpa secara live dengan kawan2 fb yang baru mengeratkan silaturrahim yang terbina.. disamping tu dapat juga lah explain pasal produk dan siapa itu The Futurians..