Translate

Monday, 16 December 2013

Lejang

Enjin 4 lejang? Apa yang lejang? Kalau menurut Kamus Pelajar Edisi KeDua, maksud lejang ialah seperti berikut :

1. Gerakan yang cepat (contoh berlari atau ketika terbang)
2. Gerakan omboh enjin ke atas , ke bawah, atau ke kiri atau ke kanan dengan pantas.

Oleh kerana post kali ni lebih tertumpu kepada motorsikal, kita berikan ajelah tumpuan kepada enjin motorsikal dan maksud ke 2 diatas adalah lebih relevan.

Kenapa aku tulis post ni? Sebab ada satu ketika tu aku sendiri tak bleh explain dengan fakta dan bahasa yang betul bila salah seorang sahabat baru bertanyakan kat aku pasal Lejang dalam bahasa ibunda. Kalau dirujuk dalam internet, kebanyakan rujukan yang dibuat adalah berasaskan dalam bahasa Inggeris, so bukanlah nak kata post ni lengkap, cuma aku cuba membuat satu penerangan supaya di permudahkan dan senang di fahami. So kalau ada komen-komen yang boleh di perbaiki bolehlah komen kat bawah nanti.  Bukan apa setiap komen kena diambil kira supaya pembetulan dapat dibuat secepat mungkin.

Lagi satu kalau korang tak percaya, cer try tanya kengkawan lain, apa itu lejang? Sebab kebanyakan yang aku tanya memberikan input yang berbeza.

So untuk mengesahkan input-input yang diberi, aku pun mula menjelajah ke "perpustakaan free" di sepanjang jalan TAR..dekat dengan opis aku lah.. banyak deretan kedai-kedai bukulah..kot-kot ada pakar-pakar bahasa yang baca blog aku nih.. mohonlah contribute walau sedikitpun..








Gambar : Contoh pergerakkan enjin


Nanti kalau ada pertambahan info pasal lejang nih aku tambah lagi kat post nih.. kalau ada yang nak contribute bolehlah email aku..

Jangan lupa jadi follower di blog ini, banyak lagi cerita menarik yang akan aku akan kongsi bersama.
Terima kasih meluangkan masa membaca blog aku. Hingga berjumpa lagi dicoretan akan datang..
By the way highway.. kalau nak ikut perkembangan aku kat fb pun boleh  klik SINI .

Support korang untuk klik "like" kat pages tu amatlah aku hargai... terima kasih

p/s komen-komen membina amatlah dihargai :-)

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.