Translate

Friday, 20 December 2013

Al Qitta'

Kalau korang tengok gambar kat bawah ni korang rasa apa arab-arab ni tengah buat? Mengait buah kurma kah? Menjolok buah jambu kah? Aku pun pada mulanya pelik juga.. tapi ni aku nak story sikit.. kisah pasal apa mereka tengah buat nih...

kekadang asyik citer pasal motor pun ada orang boring jugak kan.. so story kali ni membawa sedikit kelainan..













Gambar kanan : So dah confirm lah bukan pokok kurma atau pokok jambu kan... korang tau tak apa nama pokok ni?






Gambar kiri : Cer korang perhatikan betul-betul dalam bulatan kuning tu... sorry lah kualiti gambar kurang.. actually gambar2 utk post ni aku pakai iphone jer and actually dalam keadaan hujan..











Gambar kanan : Tinggi kan pokok ni...





Masa ni hero-hero dari Jabatan Perkhidmatan Awam pun sampai.. aku call setelah tak tahu nak wat camner lagi....








Gambar kat bawah ni masa dorang sampai kali kedua.. sebab masa kali pertama tu dorang tak jumpa pun tempat nih... salah aku jugak tak tunggu.. tapi masa tu hujan dan dah berjanji dengan member yang kebetulan motor rosak depan Istana Negara lama.







Selamber jer brader nih panjat.. dalam hujan sebenarnya waktu nih...











Gambar kanan : Tanpa mengenal erti penat, sebab yang cuba diselamatkan tu berpusing-pusing di pelepah pokok tu...








Gambar kiri : Dia lari sebelah sana pulaaakkk








Gambar kiri : Perrrggghhh... actually masa ni kat belakang aku dah ramai dah pak arab, mak arab, dan sebagainya menunggu dengan debaran...








Gambar kanan : Terlepaslah pulakkk... tapi brader JPA ni cool jer.. tak der pun mengeluh.. sabar sungguh orangnya...








Gambar kiri : Cubaan seluk kali kedua.. pelepah pokok ni makkk aaiii.. tajam sungguh...





Gambar kanan : Yesszzaaa.... sudah berjaya di selamatkan...setelah dua hari dia berkampung kat atas pokok tu....








Gambar kiri : close up si dia yang diselamatkan..


Ini lah dia si Al Qitta' yang berjaya diselamatkan oleh brader-brader dari JPA. Thumbs up untuk mereka. Aku nak belanja minum pun dorang tak nak.. "Terima kasih bang".. "Sudah menjadi tugas saya".. jawab brader dengan penuh rendah diri.. Aku salute mereka ni.. humble dan berbudi bahasa...





Sedikit perkongsian :

Banyak mitos yang bertebaran di setiap kehidupan kucing mulai dari memiliki 9 nyawa hingga sebagai jelmaan dewa. Seperti yang terjadi pada masa dinasti Fir’aun 3000 tahun yang lalu, kucing amat dipuja karena dianggap sebagai titisan dewa.

Lain di Mesir lain pula di Eropa, di dataran ini kucing dianggap sebagai sihir setan atau pembawa bencana. Tak pelak lagi, pada masa abad kegelapan terjadi pemusnahan besar-besaran terhadap hewan lucu ini, hingga menyebar ke Afrika Utara. Padahal, wabah yang oleh masyarakat saat itu dianggap sebagai kutukan adalah jenis penyakit pes yang diakibatkan oleh meledaknya populasi tikus dan penurunan populasi kucing sebagai predator.

Nabi Muhammad SAW dan Kucing Kesayangannya

Didalam perkembangan peradaban islam, kucing hadir sebagai teman sejati dalam setiap nafas dan gerak geliat perkembangan islam.

Nabi Muhammad SAW memiliki seekor kucing yang diberi nama Mueeza. Suatu saat, di kala Nabi hendak mengambil jubahnya, ditemuinya Mueeza sedang terlelap tidur dengan santai diatas jubahnya. Tak ingin mengganggu haiwan kesayangannya itu, Nabi pun memotong belahan lengan yang ditiduri Mueeza dari jubahnya.

Ketika Nabi kembali ke rumah, Muezza terbangun dan merunduk sujud kepada majikannya. Sebagai balasan, Nabi menyatakan kasih sayangnya dengan mengelus lembut ke badan mungil kucing itu sebanyak 3 kali.

baca lagi sila klik sini keseluruhan cerita 

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.