Translate

Sunday, 12 January 2014

Thursday, 9 January 2014

Bersama Ustaz Azhar Idrus



Alhamdulillah.. dapat jugak bergambar bersama dan mendengar ceramah dalam sessi Soal Jawab Bersama dengan Ustaz Azhar Idrus di tempat kerja tadi..

" Funny, humble , simplest & sharp explanation ".. sempoi jer UAI




Sunday, 5 January 2014

Honda Future "Tool Gripper"


Post kali lebih berkisar pada satu peralatan yang disupply oleh pihak pengeluar kepada semua pembeli-pembeli Honda Future. Agak mengejutkan ramai dari para pembeli tidak tahu kewujudan atau cara menggunakan peralatan ini.

Ini ialah tempat meletak peralatan asas atau basic tools yang disertakan oleh pihak pengeluar.

Diharapkan dengan gambar dibawah ini, semua pembeli atau pemilik motorsikal berjenama Honda Future dapat memanafaatkan cara menyimpan peralatan tersebut.

Nota : Getah yang serta tools yang didalam gambar adalah diberi secara percuma kepada kesemua pemilik motorsikal berjenama Honda Future.



Gambar diatas : lihat dalam bulatan merah, itulah kedudukan tools bersama 2 getah yang disertakan oleh pihak pengeluar.



Nak share? Silakan.. biar member-member serta pemilik-pemilik yang lain mengetahui akan kegunaan alat ini. Nanti kalau ada pertambahan info pasal lejang nih aku tambah lagi kat post nih.. kalau ada yang nak contribute bolehlah email aku..

Jangan lupa jadi follower di blog ini, banyak lagi cerita menarik yang akan aku akan kongsi bersama.
Terima kasih meluangkan masa membaca blog aku. Hingga berjumpa lagi dicoretan akan datang..
By the way highway.. kalau nak ikut perkembangan aku kat fb pun boleh  klik SINI .

Support korang untuk klik  "like" kat fb pages tu amatlah aku hargai... terima kasih

p/s komen-komen membina korang pun amatlah dihargai :-)

Wednesday, 1 January 2014

Geng Motor Di Masjid - Program Rakaman Al - Kulliyyah @ Tv3 & MJKL 2014


Alhamdulillah.... Akhirnya dapat juga saya meneruskan post kali ni tentang Geng Motor di Masjid dan saya rasa ramai lagi yang tak aware tentang penubuhan Geng Motor di Masjid Ini. Izinkan saya berkongsi serba sedikit sedikit tentang group ini. 


Untuk makluman juga, program ini pada awalnya adalah anjuran group bikers Harimau Malaya dan Geng Motor Masjid Jamek Bandaraya. Orang kuatnya adalah Saudara Rosile Bin Saat Al-Gayauwi dan Saudara Abdul Aziz Mustapha (boleh klik  nama mereka untuk add mereka di fb) .


Tujuan asasnya penubuhan group ini adalah untuk mengeratkan ukhuwah serta silaturrahim sambil mendekatkan diri kepada Allah swt, mendoakan keselamatan semua bikers dan riders, majlis tahlil dan bacaan surah Ya-Sin untuk kita sedekahkan pada bikers serta ahli keluarga yang terdahulu pergi menemuiNYA.


Untuk maklumat lanjut mengenai program-program yang dianjurkan dan bagaimana ingin menyertai program-program tersebut bolehlah menghubungi Saudara Roseli di talian +6016 - 219 2229.


Saya sharekan sedikit gambar-gambar yang sempat dirakamkan (guna phone jer) ketika Program Rakaman Al Kuliyyah pada 01.01.2014 bertempat di Masjid Jamek KL.

Dan sebelum terlupa, saya ingin menjemput semua para pembaca blog saya yang beragama Islam untuk menyertai program ini. Dan saya juga memohon agar Tuan/Puan/Cik dapat sharekan post ini agar dapat kita berkongsi akan aktiviti ini pada para sabahat kita yang lain.

Terima kasih.


















Lagi gambar -gambar sila klik di SINI