Translate

Wednesday, 1 January 2014

Geng Motor Di Masjid - Program Rakaman Al - Kulliyyah @ Tv3 & MJKL 2014


Alhamdulillah.... Akhirnya dapat juga saya meneruskan post kali ni tentang Geng Motor di Masjid dan saya rasa ramai lagi yang tak aware tentang penubuhan Geng Motor di Masjid Ini. Izinkan saya berkongsi serba sedikit sedikit tentang group ini. 


Untuk makluman juga, program ini pada awalnya adalah anjuran group bikers Harimau Malaya dan Geng Motor Masjid Jamek Bandaraya. Orang kuatnya adalah Saudara Rosile Bin Saat Al-Gayauwi dan Saudara Abdul Aziz Mustapha (boleh klik  nama mereka untuk add mereka di fb) .


Tujuan asasnya penubuhan group ini adalah untuk mengeratkan ukhuwah serta silaturrahim sambil mendekatkan diri kepada Allah swt, mendoakan keselamatan semua bikers dan riders, majlis tahlil dan bacaan surah Ya-Sin untuk kita sedekahkan pada bikers serta ahli keluarga yang terdahulu pergi menemuiNYA.


Untuk maklumat lanjut mengenai program-program yang dianjurkan dan bagaimana ingin menyertai program-program tersebut bolehlah menghubungi Saudara Roseli di talian +6016 - 219 2229.


Saya sharekan sedikit gambar-gambar yang sempat dirakamkan (guna phone jer) ketika Program Rakaman Al Kuliyyah pada 01.01.2014 bertempat di Masjid Jamek KL.

Dan sebelum terlupa, saya ingin menjemput semua para pembaca blog saya yang beragama Islam untuk menyertai program ini. Dan saya juga memohon agar Tuan/Puan/Cik dapat sharekan post ini agar dapat kita berkongsi akan aktiviti ini pada para sabahat kita yang lain.

Terima kasih.


















Lagi gambar -gambar sila klik di SINI

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.